Pondan Dibunuh Pada Hari Lahir

KUANTAN – Seorang mak nyah yang telah menjalani pembedahan menukar jantina tidak sempat menyambut hari lahir­nya semalam selepas dibunuh dengan kejam apabila ditetak sehingga putus lima jari tangan kiri sebelum ditembak di Jalan Pasar di sini pukul 3.30 pagi semalam.

 

Mangsa, Selamparasan Krishnasamy sepatutnya menghadiri majlis hari jadinya yang ke-27 bersama ahli keluarganya di Karak, Bentong, lapor Kosmo.

 

Sepupunya, V. Reenunair, 29, berkata, majlis ulang tahun kelahiran mangsa dirancang untuk diadakan di Karak pada tengah hari semalam.

 

“Hari ini (semalam) kami se­keluarga sepatutnya berkumpul di Karak untuk sambut ulang tahun kelahirannya yang ke-27, tapi dia sudah tiada,” katanya.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.