Modul Inabah Diperluas Rawat Ketagihan Dadah -TPM

RAUB – Modul Inabah iaitu menggunakan pendekatan agama dalam rawatan dan pemulihan akan diperluaskan ke sebahagian besar Pusat Pemulihan Jagaan dan Rawatan (CCRC) di seluruh negara dalam usaha menangani masalah dadah di negara ini.

 

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kaedah Inabah boleh dijadikan sebagai alternatif kerana program rawatan menggunakan pendekatan kerohanian mampu memulihkan masalah ketagihan bahan larangan itu.

 

Beliau berkata, kaedah itu boleh digabungkan dengan pendekatan secara konvensional atau sainstifik bagi meningkatkan tahap keberkesanan pemulihan.

 

“Dalam soal pemulihan, selain kaedah sainstifik maka kita guna pendekatan keagamaan. Langkah ini penting kerana pendekatan ini boleh melakukan pemulihan jangka masa panjang apabila melibatkan penguasaan roh dan minda,” katanya.

 

Beliau berkata demikian ketika ketika berucap sempena lawatan kerja ke Sungai Ruan di sini hari ini. – UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.