Kylie Akui Suntik Bibir

LOS ANGELES –  Anggota keluarga terkenal Kardashian, Kylie Jenner sering mencuri perhatian di laman sosial.

 

Dengan hampir 90 juta pengikut Instagram, apa saja yang dimuat naik adik kepada Kim ini pasti mencuri tumpuan.

 

Selain tubuh montoknya, bibir sensual Jenner turut menjadi perhatian netizen. Namun, ada yang menyifatkan bibir seksi Jenner bukanlah asli.

 

Malah, ada khabar bertebaran kononnya Jenner melakukan suntikan kolagen pada bibirnya.

 

Namun, bagi model jelita ini, semua itu tidak pernah mematahkan semangatnya. Malah, Jenner bijak mencaturi kehidupan dengan menceburi dunia perniagaan dalam bidang kosmetik.

 

Bercakap kepada laman sesawang kecantikan Violet Grey, Jenner mengakui obsesinya terhadap bibir pada pada zaman kanak-kanak membakar semangat untuk membina empayar perniagaan kosmetik.

 

“Dahulu saya sentiasa obses dengan bibir. Saya mahu ia menjadi lebih tebal sebelum membuat keputusan menyuntiknya,” katanya.

 

Malah, ketika masih kecil, Jenner sering menganggap bibirnya sangat nipis.

 

“Saya sanggup menghabiskan masa berjam jam di rumah dengan liner dan gincu semata-mata mahu membuatkan bibir saya jadi lebih tebal,” katanya lagi.

 

Jelas Jenner juga bijak memanfaatkan pengaruhnya di laman sosial untuk berjaya dalam dunia perniagaan.

 

“Media sosial adalah segala-galanya kepada saya. Ia boleh jadi ruang negatif kepada selebriti jika salah percaturan. Tapi apa kita akan buat tanpa adanya semua itu,” katanya lagi. – Agensi/BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.