KP JPJ Akan Sita Motosikal Dijadikan Teksi

PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan Datuk Seri Nadzri Siron hari ini mengulangi ingatan jabatan itu akan menyita motosikal yang dijadikan teksi susulan pengharaman perkhidmatan yang ditawarkan oleh Dego Ride.

 

Katanya, perkara itu telah dimaklumkan kepada pemilik syarikat ketika mereka hadir ke pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di sini pada 21 Januari.

 

“Kerajaan telah mengarahkan perkhidmatan Dego Ride dihentikan atas faktor keselamatan, diikuti langkah advokasi dan saman yang dibuat JPJ ke atas pemilik motosikal.

 

“Kita juga telah memberi penerangan kepada pengendali dalam aspek keselamatan dan penggunaan motosikal sebagai kenderaan pengangkutan…dan jika masih diteruskan tindakan sita terhadap motosikal boleh diambil mengikut Seksyen 23 (2) Akta Pengangkutan Jalan,” katanya pada sidang media, di sini hari ini.

 

Katanya, setakat ini pihaknya mengeluarkan saman kepada tiga pemilik motosikal yang menyediakan perkhidmatan teksi motosikal kerana melanggar syarat Lesen Kenderaan Motor. – Bernama

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.