Analisis Awal Dapati Bahan ‘Senjata Kimia’ Digunakan Atas Kim

Analisis awal daripada Jabatan Kimia Malaysia telah mendedahkan bahan kimia telah digunakan dalam pembunuhan Kim Jong-nam, abang tiri kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong-un.

 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, Polis Diraja Malaysia telah menerima laporan analisis awal dari Jabatan Kimia Malaysia, berhubung kes yang membabitkan seorang warganegara Korea Utara baru-baru ini.

 

“Hasil analisa, telah dikenal pasti bahawa bahan yang terlibat ialah ethyl s-2-diisopropylaminoethyl methylphosphonothiolate atau ‘VX nerve agent’,” katanya dalam satu kenyataan hari ini

 

Menurutnya, VX disenaraikan sebagai senjata kimia di bawah Jadual 1 Akta Konvensyen Senjata Kimia Malaysia 2005 dan Konvensyen Senjata Kimia (CWC) 1997.

 

“Lain-lain eksibit masih dalam proses analisa,” kata Khalid.

 

Jong-nam meninggal dunia berikutan insiden di terminal lapangan terbang KLIA2 pada 13 Februari, selepas dua wanita yang tidak dikenali dikatakan telah menyembur atau menyapu mukanya dengan cecair.-Malaysiakini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.