Ahli Politik Kena Kurangkan Drama

SHAH ALAM – “Ahli-ahli politik dilihat perlulah mengurangkan ‘drama’ dan juga gimik semata-mata,” berikut merupakan kata- kata Exco Pemuda Umno Malaysia, Shahril Hamdan.

 

Menurutnya, beliau menujukan kata-kata tersebut kepada ‘rakan-rakan’ yang berbeza fahaman politiknya.

 

“Kita bercakap soal populariti dan gimik yang saban kali dapat dilihat di Parlimen atau Dewan Rakyat dimana setiap kali ada pembentangan bajet pasti ada insiden terjadi seperti keluar daripada dewan, membawa plakad dan sebagainya.

 

 

“Dalam konteks ini, sukar untuk kita semua mencapai satu tahap bekerjasama,” katanya ketika Wacana Sinar Harian siri 45, Politik: Perjuangan atau Populariti.

 

Tambahnya lagi, beliau lihat kematangan sesuatu politik itu akan diuji apabila terdapat isu-isu tertentu.

 

“Setiap orang ada pegangan politik masing-masing dan sudah tentulah akan ada perdebatan, pertarungan di media sosial sehinggakan dalam sesetengah perkara, kematangan berpolitik itu sendiri akan diuji.

 

“Justeru perlu ada keikhlasan daripada kedua-dua pihak sama ada daripada Kerajaan dan pembangkang sendiri untuk menangani soal begini,” katanya.-Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.