5 Murid Sekolah Agama Dijangkiti H1N1

SEREMBAN – Seramai lima murid tahun satu Sekolah Rendah Islam (SRI) Seremban di sini disahkan dijangkiti virus Influenza A (H1N1) oleh pihak perubatan petang semalam.

 

Difahamkan, kanak-kanak terbabit di­sahkan mengalami H1N1 selepas mendapat ra­watan di sebuah hospital swasta di Seremban selepas mengalami demam, lapor Kosmo.

 

Seorang bapa kepada pelajar sekolah itu yang hanya mahu dikenali sebagai Joe berkata, dia mendapat tahu tentang insiden tersebut melalui satu memo yang dikeluarkan oleh pihak sekolah.

 

“Saya terbaca satu memo dalam Facebook sekolah anak saya bahawa seramai lima murid tahun satu disahkan mengalami H1N1,” katanya.

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.