Video: Wanita Nyaris Maut, Ketika Ritual Lari Atas Api

Seorang wanita nyaris maut terbakar ketika sedang melakukan ritual berlari dia atas api baru-baru ini.

 

Menerusi rakaman klip berdurasi 0:31 saat yang dimuatnaik melalui media sosial, wanita tersebut dilihat terjatuh sebaik sahaja melakukan upacara keagamaan masyarakat hindu itu.

 

 

Disebabkan tidak dapat bangun selepas terjatuh, wanita tersebut hanya mampu berguling sambil meraung kesakitan.

 

Walaupun pihak polis dan orang ramai yang berada di tempat kejadian segera menariknya keluar, namun wanita tersebut dilaporkan mengalami kecederaan yang agak serius.

 

Sejurus selepas kejadian tersebut seorang lagi wanita turut terjatuh di tempat yang sama ketika cuba melakukan ritual tersebut.

 

Kedua-dua mangsa kemudiannya dihantar ke hospital yang berhampiran bagi mendapatkan rawatan. – SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.