Video: ‘Tanpa Pekerja Asing, Bandar Akan Jadi Busuk’

Kuala Lumpur – Penasihat Kelab Usahawan Pembekal dan Pengurus Pekerja Asing Bumiputera Kuala Lumpur (D’Kelab), Dr Yusof Hashim mengharapkan kerajaan agar menimbang semula pembekuan pengambilan pekerja asing bagi memastikan ekonomi negara Malaysia yang sedang membangun terus berkembang pesat.

 

Menurut Yusof langkah itu selari dengan pendekatan negara-negara maju yang masih mengunakan tenaga kerja dari luar.

 

 

“Kita mengambil contoh negara maju seperti Singapura, sekiranya kamu melawat Singapura khususnya pada hari Sabtu dan Ahad boleh dikatakan bandar tersebut tenggelam dengan pekerja asing dari warganegara India dan Bangladesh.

 

“Itu menunjukkan negara maju masih memerlukan negara maju, (contoh) seterusnya negara seperti Dubai yang jumlah pekerja asing melebihi dua kali ganda berbanding penduduk di negara itu begitu juga negara-negara (maju) seperti Korea, Jepun dan sebagainya juga masih memerlukan tenaga kerja asing,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

 

Menurut Hashim lagi, sekiranya pengambilan tenaga asing tidak diteruskan dan masyarakat tempatan gagal memenuhi kekosongan tersbeut khususnya dalam bidang 3D (sukar, bahaya, kotor) bandar-bandar di negara ini akan menjadi kotor dan busuk.

 

“Kenyataan yang dibuat oleh bank dunia dan mantan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Subramaniam berdasarkan kajian yang dibuat Malaysia masih memerlukan tenaga asing sehingga 2020 khususnya dalam bidang 3D dan pembinaan.

 

“Sekiranya kerajaan menghentikan pengambilan tenaga kersa asing (khususnya) dalam sektor ini sebagai contoh angkat sampah Kuala Lumpur, Putrajaya dan bandar-bandar lain akan jadi busuk. Sebab itu kami sebagai kontraktor amat memerlukan pekerja asing dan sekiranya ia diberhentikan bukan sahaja kami yang menjadi mangsa keadaan malah rakyat turut akan terkesan.

 

Kerajaan Jumaat lalu mengumumkan pengambilan semua pekerja asing, termasuk dari Bangladesh akan dibekukan bagi membolehkan kerajaan mengkaji semula levi dua kategori ke atas pekerja asing dan memberi tumpuan kepada program penggajian semula pekerja asing. – SuaraTV

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.