Video: Imigresen Terpaksa Guna Kenderaan Sendiri Bawa PATI

Kuala Lumpur – Kerajaan wajar menambah bilangan penguat kuasa Jabatan Imigresen bagi melicinkan proses kawal selia pekerja asing, sama ada yang berdaftar atau pendatang asing tanpa izin (PATI).

 

Penasihat Kelab Usahawan Pembekal dan Pengurus Pekerja Asing Bumiputera Kuala Lumpur (D’Kelab), Dr Yusof Hashim, berkata bilangan sedia ada terlalu kecil bagi menjalankan penguatkuasaan ke atas pekerja warga asing.

 

“Kerajaan tidak boleh berkompromi dengan keselamatan, dalam konteks ini kakitangan perlu ditambah dengan segera untuk memerangi pendatang tanpa izin.

 

“Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan kenderaan yang digunakan Jabatan Imigresen (penguatkuasa) adalah kenderaan lama dan tidak mencukupi sedih untuk saya katakan ketika operasi ada penguatkuasa yang terpaksa mengunakan kereta sendiri untuk bawa tahanan PATI” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

 

 

Justeru, katanya, wujud keperluan bagi mempertimbang kenaikan gaji pegawai Jabatan Imigresen supaya setimpal dengan tugas yang semakin sukar dan mencabar ketika ini.

 

“Pegawai beruniform Imigresen ketika ini seramai kira-kira 13,000 orang sedangkan pekerja warga asing berdaftar lebih dua juta orang.

 

“Jika kakitangan agensi tidak mencukupi, pertambahan perlu dilakukan segera dan tidak boleh dilengahkan kerana membabitkan soal keselamatan negara.

 

“Gaji mesti sesuai dengan tanggungjawab digalas dan mereka wajar diberi insentif jika gaji pekerja asing lebih tinggi berbanding pegawai Imigresen,”

 

Beliau yang juga bekas Timbalan Pengarah Kanan Jabatan Imigresen, berkata demikian sebagai mengulas Program Penggajian dan Penempatan Semula PATI serta keputusan kerajaan menangguhkan pengambilan pekerja asing dari semua negara sumber termasuk Bangladesh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.