Video: Adik Neelofa Hina Guru Malaysia, Dakwa Mereka Buat Kerja ‘Cincai’

Kuala Lumpur – Adik kepada pelakon jelita Noor Neelofa Mohd. Noor dikecam pengguna media sosial kerana disifatkan menghina profesion perguruan di negara ini.

 

Ameera melalui satu rakaman klip video mendakwa guru di sekolah kerajaan tidak berfikir secara luar kotak dan sering melakukan kerja secara cincai (sambil lewa).

 

“Berdasarkan pengalaman saya belajar di 5 buah sekolah, guru di sekolah antarabangsa lebih berpendidikan dan berpengalaman berbanding guru di sekolah kerajaan… ini kerana guru di sekolah kerajaan tidak perlu untuk mempunyai tahap pendidikan yang lebih baik dan pengalaman yang luas berbanding guru di sekolah antarabangsa.

 

“Saya juga merasakan guru di sekolah kerajaan tidak pernah berfikir di luar kotak untuk anak-anak muridnya dan mereka melakukan tugas secara cincai (sambil lewa)… mereka (guru sekolah kerajaan) bagi kerja rumah, kita buat dan (selepas) memeriksa kerja tersebut mereka ajar kita topik yang lain… Itu sahaja, mereka jadikan tugas sebagai guru itu begitu mudah, ” katanya melalui rakaman klip tersebut.

 

 

Ameera turut menyifatkan sistem pendidikan di negara ini sebagai gagal kerana tidak menepati kriteria yang diharapkan dalam pembangunan minda kanak-kanak.

 

Beliau turut mencadangkan agar ia sukatan pelajaran yang diajar di sekolah digantikan dengan pendekatan baru yang boleh digunakan di dalam kehidupan seharian.

 

“Mengenai persekitaraan sekolah kerajaan, lihat tandas, kawasan makan (dan) cuba lihat keseluruhan kawasan sekolah. Adalah penting untuk memastikan keseluruhan sekolah itu bersih (kerana) sebagai sebuah negara Islam ia turut mencerminkan agama.

 

“Tapi apabila saya masuk ke dalam tandas (sekolah kerajaan) ia tidak pernah bersih… Lantai sentiasa basah, tisu bersepah di merata tempat, di tempat makan pula pinggan, sudu dan garpu selalu berminyak (dan) paling teruk makanan yang disediakan” bidasnya lagi.

 

Tinjauan SuaraTV mendapati majoriti pengguna media sosial membidas kenyataan Ameera yang disifatkan menghina profesion perguruan di negara ini.

 

Ameera sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi apabila mengunakan kata-kata yang kurang sopan di laman Instagram bagi membidas mereka yang mengkritik gambar yang di muat naik oleh kakaknya. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.