Tendang Anak Tiri Sampai Mati

Kanak-kanak comel ini, Michael Rigney baru berusia dua tahun namun dia telah menjadi mangsa kekejaman bapa tirinya yang sanggup menendang mukanya hinggakan Michael meninggal dunia akibat kecederaan di kepala.

 

Lelaki bertopengkan syaitan itu, Branden Taylor mengaku kepada polis bahawa dia telah menendang Michael di rumah mereka di Tulsa di Oklahoma.

 

Meskipun Michael tidak sedarkan diri selepas ditendang dan badannya dipenuhi dengan lebam tetapi dia tidak dibawa ke hospital.

 

Ibu Michael iaitu Tina memberitahu polis Michael ditinggalkan bersama Branden selama sejam selepas dia keluar ke rumah ibunya.

 

Sekembalinya ke rumah, Branden memberitahu Tina bahawa anaknya itu sedang tidur. Hanya selepas kanak-kanak tersebut tidak bangun barulah Tina mendapati anaknya sudah meninggal dunia.

 

Buat masa ini Branden, 30, hanya didakwa dengan tuduhan mendera kanak-kanak dan cuai sahaja disebabkan pihak berkuasa masih belum memutuskan sama ada kematian kanak-kanak itu akibat dibunuh.

 

Lima kanak-kanak lain yang turut berada di rumah berkenaan telah ditempat di bawah jagaan anggota keluarga yang lain.

 

Dalam pada itu, Tina berharap agar Branden dihukum mati kerana menyebabkan kematian anaknya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.