Sultan Johor Beli Pesawat Peribadi Bernilai Melebihi USD96 Juta Kata Sumber

Kuala Lumpur – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dikatakan telah membeli sebuah pesawat eksekutif Boeing Business Jet (BBJ) 737/800 yang baharu.

 

Menurut sumber penerbangan, pesawat peribadi tersebut kini dalam perjalanan dari Washington ke Johor Baharu dan ia dibina dengan ciri khas dimana ia mengikut spesifikasi yang diinginkan oleh Sultan Johor dan berkemampuan membuat penerbangan selama 10 jam tanpa henti.

 

Menerusi gambar yang dikongsi, pesawat peribadi itu mempunyai jalur bewarna biru dibahagian tepi, manakala warna utama adalah keemasan, selain terdapat logo bendera Johor di bahagian badan pesawat itu.

 

Bagaimanapun, harga pesawat peribadi itu tidak dimaklumkan, namun berdasarkan harga pasaran, pesawat tersebut dianggarkan berharga sekitar USD96 juta (RM 405,993,600).

 

Berdasarkan laporan Airliner.net, BBJ adalah pesawat peribadi korporat jarat jauh yang dihasilkan selepas Boeing siri 737-700 dan 800.

 

Pesawat BBJ menggabungkan rangka Next Generation 737-700 termasuk sayap yang telah diperkukuhkan, fiuslaj dibahagian tengah dan gear pendaratan yang lebih besar dan berat berbanding siri 737-800, dengan dianggarkan tiga ke sepuluh muatan tangki minyak simpanan.

 

Oktober lalu Sultan Ibrahim membeli sebuah trak berjenama Mack yang menjadi kebanggaan rakyat Johor manakala sempena ulang tahun kelahiran yang ke-31, anakanda baginda Tengku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan telah dihadiahkan dengan sebuah jet peribadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.