Rabai Israel Keluar ‘Fatwa’ Beri Kebenaran Askar Rogol Wanita Palestin

Rabai Tentera Israelmemberi kebenaran kepada tentera Yahudi Israel untuk merogol wanita Palestin.

 

Kolonelnya, Eyal Qarim berkata, kebenaran itu datang daripada persoalan yang ditanya oleh tenteranya adakah semasa mereka berada berperang, pihaknya dibenarkan untuk merogol wanita Palestin? atau perkara ia menjadi perkara larangan?

 

“Peperangan Israel adalah perang agama, di mana mereka berbeza dari peperangan bangsa-bangsa lain,” katanya.

 

Menurutnya, dalam peperangan askar Israel perlu mengekalkan keupayaan juang; oleh itu, larangan-larangan yang melemahkan keupayaannya mesti dipecahkan walaupun ia berkaitan dengan akhlak.

 

“Seperti dalam perang, larangan terhadap risiko kemusnahan kehidupan mereka (tentera) untuk manfaat orang lain, begitu juga larangan terhadap perbuatan yang tidak bermoral,” katanya, lapor Days Of Palestine.

 

Beliau menjelaskan, Wain (arak) disentuh oleh bangsa lain, penggunaan yang dilarang dalam masa kebiasaan, dibenarkan semasa berperang demi mengekalkan semangat kebaikan kepada tentera.

 

Pengambilan makanan yang dilarang dibenarkan semasa berperang untuk mengekalkan kecergasan pahlawan-pahlawan, walaupun mereka dilarang semasa hari kebiasaannya.

 

“Dengan demikian, perang membuang beberapa larangan mengenai hubungan seksual dan walaupun  bukan dengan seorang wanita berbangsa Yahudi (adalah satu perkara yang serius), tetapi ia diberi kuasa semasa perang kerana memahami kesukaran yang dihadapi oleh para tentera,”katanya.

 

Dakwanya lagi, kejayaan menjadi matlamat mereka. Menerusi kitab Taurat (zamannya, diubahsuai) membenarkan mereka (yang berjaya dalam peperangan) untuk memenuhi keinginan jahat dalam jiwa mereka.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.