Polis Rakam Percakapan Tun M Hari Ini

Kuala Lumpur – Polis Diraja Malaysia (PDRM) merakam percakapan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini susulan kenyataan yang dikeluarkan di blognya.

 

Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya hanya menjalankan tugas kerana telah menerima beberapa laporan polis berhubung artikel yang disiarkan di blog bekas Perdana Menteri itu.

 

“Kita merakam percakapan beliau berkenaan dengan apa beliau (Tun Mahathir) tulis dalam blognya berikutan menerima beberapa laporan sebelum ini. Polis perlu jalankan siasatan.

 

“Kita akan merakamkan percakapan hari ini, yang telah diaturkan di satu tempat. Hari ini, bukan di Bukit Aman,” katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di Bukit Aman.

 

Dr Mahathir dalam tulisannya di blog http://chedet.cc siarkan pada 5 Februari lalu, mendakwa Peguam Negara, Tan Sri Mohamad Apandi Ali tidak akan mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam kes SRC International dan dana RM2.6 bilion kerana kononnya terhutang budi dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.