PM Makan Jagung Rebus Dengan Rakan Media Sosial

KUALA LUMPUR – Sikap Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang berjiwa rakyat terserlah apabila beliau sanggup turun ke pasar untuk membeli sendiri jagung rebus.

 

Kejadian tersebut telah dimuat naik dalam status Facebook miliknya yang menunjukkan bahawa beliau membeli jagung rebus tersebut selepas pertemuan dengan rakan-rakan online.

 

“Lama tak makan jagung rebus, singgah di gerai tadi untuk beli daripada Khalfin yang berniaga di depan coffee coffee selepas pertemuan saya dengan rakan – rakan online.

 

Tindakan yang berjiwa rakyat itu telah menjadi viral di laman Facebook dan mendapat perhatian netizen.

 

Antara komen menarik yang telah dimuat naik termasuklah dari Salmiah Binti Tahir.

 

“Ramai yang tak suka, tetapi lebih ramai yang sayang,” ujarnya.

 

Pemilik akaun Facebook, Mohd Fetri Aziz Sheriff turut memuji tindakan Datuk Seri Najib itu dalam komen yang dimuat naik.

 

“Alhamdulillah, The best PM,” katanya.

 

Chong Wei Ren pula berpendapat bahawa tiada Perdana Menteri sebaik Datuk Seri Najib.

 

“Tidak akan Ada Perdana Menteri lain sebaik anda, saya sayang PM,” tulisnya di ruangan komen.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.