Pesawat Royal Brunei Airlines Ke Jeddah Dikendali Juruterbang Wanita

Syarikat Penerbangan DiRaja Brunei, RB Airlines merekodkan sejarah tersendiri apabila sebuah pesawat komersial miliknya kini dioperasikan sepenuhnya oleh juruterbang dan kru wanita.

 

Syarikat itu memperkenalkan tiga wanita bertudung yang menjadi kru utama pesawat BI081 (Brunei – Jeddah) terdiri dari Kapten Sharifah Czarena dan Sariana serta Dk Nadiah Khashiem selaku pegawai senior dan pembantu juruterbang.

 

Sharifah Czarena merupakan juruterbang wanita pertama RB Airlines yang mendapat tauliah pernerbangan sejak 6 November 2012 selepas menamatkan latihan penerbangan selama 5,000 jam.

 

Foto ketiga-tiga kru penerbangan terbabit yang bergambar di kokpit pesawat itu dimuatnaik di Facebook RB Airlines sejak semalam mengundang hampir 1,000 komen pengguna media sosial Brunei yang berbangga dengan pencapaian mereka.

 

“Tumpang berbangga anak tempatan Brunei pun boleh buat selagi mempu berusaha.

 

“Setinggi mana pun terbang dan sejauh mana pun dunia.kita jangan lupa budaya Brunei kita ini. Allah akan melindungi dengan selamat..Tahniah anak Brunei,” tulis Norsyam HS Alhamdullah di rungan komen Facebook syarikat itu.

 

Nung A. Ajihil melalui komennya pula mengiktiraf kemampuan golongan hawa dalam mengendalikan tugas yang selama ini dimonopoli orang lelaki.

 

“Menerbangkan pesawat komersial bersaiz besar dan pesawat moden pada masa kini tidak lagi dimonopoli kaum lelaki kerana wanita seperti juruterbang Royal Brunei Airlines juga mampu melakukannya,” katanya.

 

Seorang pengguna lain turut berkongsi pengalaman menaiki satu penerbangan ke London yang dikendalikan oleh dua dari tiga wanita terbabit.

 

“Kedua-dua wanita pernah menerbangkan kami ke London Heathrow tahun lalu.

 

“Cukup profesional menerbangkan pesawat melalui kesesakan lalu lintas di waktu pagi dan pendaratan yang lancar,” ulas Iskandar Othman.

 

Sehingga kini lebih 24,000 tanda ‘like’ dan hampir 10,000 perkongsian di Facebook direkodkan untuk status bergambar itu. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.