Pesawat Nepal Tara Air Yang Hilang Pagi Tadi, Ditemui Terhempas

Kuala Lumpur – Pesawat Tara Air yang dilaporkan hilang pagi tadi ditemui terhempas manakala kesemua 23 penumpang dan anak kapal dilaporkan maut menurut sumber tentera di negara itu.

 

Bangkai pesawat ditemui di pergunungan Soli Ghoptebhir daerah Myagdi ditemui selepas pihak keselamatan negara tersebut memulakan operasi pencarian bagi mengesan pesawat tersebut.

 

Jurucakap tentera, Brigadier Jeneral Tara Bahadur KArki berkata, kesemua penumpang dan anak kapal terkorban dalam nahas tersebut.

 

Menurut Karki pasukan tentera yang tiba ditempat kejadian turut menemui bangkai sayap dan ekor pesawat tersebut. – SuaraTV

 

LAPORAN LANJUT MENYUSUL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.