Parti Liberal Tuntut Kerajaan Sweden Halalkan Seks Adik-Beradik, Mayat

MUNGKIN ini merupakan cadangan yang paling ‘pelik’, namun itulah yang dilakukan oleh sayap pemuda parti Liberal Sweden apabila memfailkan usul untuk menghalalkan perlakuan seks bersama mayat dan sumbang mahram.

 

Berdasarkan petisyen tersebut, golongan belia parti berkenaan menuntut menghalalkan seks antara adik-beradik yang berusia 15 tahun dan mayat sekiranya mendapat kebenaran bertulis oleh individu terbabit sebelum meninggal dunia.

 

Menurut  presiden parti itu Cecilia Johnsson, meskipun perbuatan tersebut disifatkan jijik, namun itu tidak bermakna ia perlu diharamkan.

 

“Kami tidak mahu terikat dengan undang-undang moral, kami adalah mewakili sayap anak-anak muda dan ia merupakan satu tugas untuk kami memikirkan sesuatu perkara itu di luar kotak.

 

“Kami sedar pelakuan seks dengan mayat dan adik beradik dilihat sebagai suatu perkara luar biasa dan ‘jijik’ dari segi undang-undang, namun ia tidaklah sebegitu rupa,” katanya dipetik akhbar Aftonbladet, semalam.

 

Pemuda sayap parti Liberal di Sweden itu mengundi untuk menyokong menghalalkan perbuatan sumbang mahram dan seks bersama mayat pada mesyuarat tahunan mereka hujung minggu lalu.

 

Dalam usul yang dikemukakan menyatakan bahawa sekiranya dua beradik berusia 15 tahun menyatakan persetujuan, maka ia harus membenarkan seks sumbang mahram dilakukan.

 

Selain itu, usul tersebut juga menyatakan bahawa undang-undang perlu membenarkan sekiranya seseorang menyediakan wasiat bertulis memaklumkan hubungan seks boleh dilakukan dengan mayat mereka selepas meninggal dunia.

 

Tambah Johnsson, keputusan untuk menghalalkan perlakuan tersebut adalah hak individu.

 

“Ia sepatutnya keputusan anda sendiri untuk menentukan apa yang berlaku kepada badan anda selepas meninggal dunia, samada ia perlu dibawa ke muzium atau menjadi bahan sains, ataupun mahu mewariskan (mayat) tinggalan anda kepada seseorang untuk ditiduri,” katanya.

 

Bagaimanapun, cadangan yang dikemukakan parti Liberal itu nyata mendapat kritikan bekas Ahli Parlimen Liberal, Carl B Hamilton yang menyifatkan parti tersebut sengaja mencari publisiti murahan dan tersasar daripada perjuangan asal  parti.

 

“Parti Liberal hanya lebih pentingkan publisiti dan tidak memberikan fokus terhadap isu-isu yang lebih penting untuk masa hadapan rakyat dan negara Sweden itu sendiri,” bidasnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.