Netizen Perli Datuk Vida Sibuk Campur Tangan Pasukan Bola

KUALA LUMPUR – Netizen mengutuk tindakan Penasihat Kehormat Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Datuk Seri Dr Hasmiza Othman, yang didakwa sering mencampuri urusan pentadbiran Kafa.

 

Menurut seorang pelayar Facebook, Ahmad Mahadi Mohd Yusof, “Macam tengok mentor pula main gugur gugur. Lantak korang laa pink warrior dapat manager baru macam ni. KAFA pun dah macam kayu dah…,”tulisnya.

 

Mujahid Harfeez berkata, “Penaja tetap penaja dan bukan pemilik walau banyak mana pun wang yang dilaburkan…,’katanya.

 

Muhd Halim pula berkata, “Saparman dah diberi jawatan presiden ditolaknya tapi nak juga pilih-pilih player…sibuk betul…duit ada tapi ‘attitude’ jaga la dato..,”tulisnya.

 

Manakala menurut Meroket Kebulan menulis komen, “Hurmmm…kalau di biarkan boleh hancur permainan…..semua nak campur tangan… nasib-nasib,”tulisnya.

 

Terdahulu, Vida dikatakan menggesa pengurusan pasukan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW) untuk mengugurkan Dramane Traore sebagai penyerang disebabkan prestasi hambar ketika menentang pasukan Liga FAM, UKM FC malam Sabtu lalu.

 

Menurut sumber yang menghubungi SuaraTV, Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida turut menghubungi kepimpinan tertinggi KAFA bagi menyuarakan hasratnya itu.

 

Pengasas produk kecantikan Qu Puteh itu turut mendesak agar Ketua Jurulatih Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW), Kelantan, K. Devan untuk mengubah taktik permainan pasukan yang disifatkan sebagai sudah lapuk dan mudah dibaca pihak lawan.

 

Sementara itu, Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa ketika ditanya mengenai isu tersebut enggan memberikan sebarang komen.– SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.