Nazri Ikhlas Tegur Muhyiddin Kata Shabery

Kuala Lumpur – Kenyataan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah pandangan ikhlas yang bertujuan melihat pemimpin Umno mempunyai disiplin tertentu terutamanya mereka yang berjawatan tinggi dalam parti.

 

Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata peringatan oleh Mohamed Nazri yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno bukan sekadar ditujukan kepada Muhyiddin malah kepada semua anggota Umno.

 

“Saya percaya, kita ada kaedah kita. Misalnya kalau ada perbezaan dalam pandangan berpolitik, Tan Sri Muhyiddin selaku timbalan presiden dan beliau menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi (Umno), jadi beliau boleh suarakannya dalam mesyuarat itu.

 

“Sepatutnya dihargai satu semangat yang dicapai sewaktu Perhimpunan Agung (Umno) lepas di mana presiden (Datuk Seri Najib Tun Razak) memilih untuk berjiwa besar dan saling berpelukan serta bersalaman (dengan Muhyiddin). Sebarang perbezaan mesti diselesaikan di dalam (parti) bukan di luar,” katanya kepada pemberita di Shah Alam semalam.

 

Ahmad Shabery berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Mohamed Nazri semalam yang meminta Muhyiddin meletakkan jawatannya sebagai timbalan presiden Umno jika beliau tidak lagi dapat menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya dengan sempurna.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.