Najib Bangga Tube Buka 848 Peluang Pekerjaan

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sangat berbangga dengan kumpulan usahawan Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera atau lebih dikenali dengan Tube (Tube pertama) kerana berjaya membuka sejumlah 848 peluang pekerjaan.

 

Beliau berkata, mahu melihat lebih 1000 daripada Tube ini menjadi usahawan yang berjaya.

 

“Tuhan beri kita peluang untuk berjaya dengan syarat kita mempunyai semangat untuk berdikari dan berani untuk mencuba. Tapi ingat tuan sekalian ini semua tetap menjadi kemungkinan tanpa sumbangan pelajaran kepada tuan sekalian.

 

“Terima kasih kepada Tok Pa (Mustapa Mohamed) (Menteri Perdagangan dan Industri), SME Corp dan kepada tuan-tuan kerana yakin dengan program ini. Mudah-mudahan saya berharap Tube 1, Tube 2 dan sampai beribu Tuber akan lahir nanti,”kataya di Majlis Apresiasi bersama Perdana Menteri untuk Peserta Tube, petang tadi.

 

Menurut Najib, dengan ekonomi negara yang semakin pulih, hasil negara semakin bertambah, beliau sebagai Menteri Kewangan Malaysia akan menambah peruntukkan untuk memberikan sokongan kepada kumpulan tersebut.

 

Terdahulu, program Tube anjuran SME Corp ini merupakan cetusan idea Perdana Menteri telah berjaya memberikan impak positif kepada peserta terlibat.

 

Daripada 448 belia bumiputera yang menyertai Tube kumpulan pertama, 99 peratus telah memulakan perniagaan yang mana jumlah keseluruhan nilai jualan tahunan terkumpul tahun 2015 yang berjaya dijana telah mencecah RM17.8 juta. Usahawan tube berjaya mewujudkan sejumlah 848 peluang pekerjaan.

 

Ia meyokong usaha kerajaan dibawah rancangan Malaysia ke-11 demi melonjakkan pendapatan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah disamping membantu mewujudkan usahawan berjaya di kalangan belia.

 

Bagi Tube fasa ke 2, pada November lalu turut menyaksikan tambahan penyertaan hampir 11 peratus dimana seramai 495 belia bumiputera mnyertainya.

 

Sehubungan itu, lebih 600 orang peserta termasuk alumni Tube hadir pada majlis tersebut yang mana berkesempatan menerima penghargaan daripada Perdana Menteri.

 

Antara anugerah yang diterima adalah Peserta Terbaik, Rancangan Perniagaan Terbaik dan Buddy Terbaik.

 

Bagi Tube kumpulan pertama Charlonitta Richard daripada Sabah telah diumum sebagai Penerima Peserta Terbaik dengan pencapaian nilai jualan mencecah RM150,000 pada tahun 2015. Beliau menjalankan perkhidmatan anai-anai dan kini mempunyai 2 cawangan di negeri tersebut.

 

Susulan kejayaan tersebut SME Copr akan meneruskan Tube 3 yang bakal dilancarkan Mei ini dan menjangkakan lebih ramai penyertaan belia bumiputera dalam program tersebut.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.