Isu Muhyiddin – Nazri, MB Pahang Ambil Langkah Kunci Mulut

Kuala Lumpur – Menteri besar Pahang, Dato’ Seri Adnan Yaakob mengambil langkah mengunci mulut berkenaan isu Bauksit dan perbalahan dalam Majlis tertinggi UMNO.

 

Menurut beliau, kes-kes tersebut perlu disiasat dan dilaksanakan oleh orang yang terlibat dan beliau tidak mahu campur tangan dalam hal berkenaan.

 

“Kalau berkenaan bauksit tunggu monotarium habis dan sekiranya berkenaan Malis tertinggi UMNO, tunggu mereka selesai lah.

 

“Itu saya tidak campur, orang bergaduh atau bergasak biar kat merekalah.” katanya ketika sidang media di Istana Budaya petang tadi.

 

Dalam pada itu, beliau telah ditemui ketika merasmikan Pameran Di Raja sempena memuliakan Ulangtahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Sir Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah.

 

Turut hadir dalam majlis terseubt ialah Tengku Dato’ Kamarulzaman Ibni Almarhum Sultan Sir Abu bakar yang merupakan Penaung Diraja Pameran dan Konsert Raja dan Rakyat Berpisah Tiada.

 

Pameran yang berlangsung pada hari ini sehingga 27 mac  akan memaparkan koleksi gambar peribadi baginda Sultan Pahang dan kemuncak kepada sambutan hari keputeraan Sultan Pahang adalah konsert yang bakal berlangsung di Istana Budaya pada sabtu ini jam 8 malam yang melibatkan ramai artis seperti Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Jamal Abdillah dan ramai lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.