Video: Malaysia Sertai TPPA Dengan Terma Sendiri – PM

Kuala Lumpur – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menegaskan Malaysia menyertai Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA) bersama dengan 11 negara lain melalui terma-terma sendiri.

 

Najib berkata, terma-terma yang berjaya dirundingkan dalam perjanjian perdagangan bersama Amerika Syarikat itu katanya ialah yang terbaik yang dapat dilaksanakannya.

 

“Alhamdulillah kita sudah mencapai keanggotaan TPPA berasaskan terma-terma yang kita sendiri tentukan. Inilah antara kejayaan yang Miti capai,” katanya, merujuk kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri ketika perasmian bangunan kementerian berkenaan di Jalan Duta, Kuala Lumpur, hari ini.

 

 

Najib turut merakamkan penghargaan kepada menterinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed susulan kejayaan tersebut.”TPPA amat mencabar. Saya ucapkan terima kasih kepada Mustapa dan Miti. Walaupun berat dipikul berat mata memandang tapi rundingan dengan rakyat berterusan meluas.

 

“Sebab itu kita hari ini, bila kita dari peringkat awal setuju jadi anggota TPPA kita nak dengan terma kita,” katanya lagi.

 

Perjanjian berhubung TPPA diluluskan di Dewan Rakyat pada Januari lalu dengan majoriti ahli Parlimen menyokong penyertaan Malaysia untuk menyertai perjanjian perdagangan terbesar itu.

 

Perbahasan selama 2 hari dimuktamadkan selepas undian belah bahagi menunjukkan 127 ahli Parlimen bersetuju Malaysia menyertai TPPA.

 

Manakala seramai 84 ahli Parlimen menolak usul yang di bawa Mustapa itu. – SuaraTV.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.