Mahkamah Arah Tian Chua Bela Diri Tuduhan Menghasut

Kuala Lumpur – Mahkamah Sesyen di sini, hari ini memerintahkan Naib Presiden PKR, Tian Chua membela diri atas tuduhan mengeluarkan perkataan menghasut dalam satu ceramah, tiga tahun lalu.

 

Hakim Abdul Rashid Daud membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Tian Chua, 53, atau nama sebenarnya, Chua Tian Chang.

 

Tian Chua didakwa memberi ucapan dengan menyebut kata-kata menghasut bagi membangkitkan rakyat negara ini mengubah kerajaan yang tertubuh mengikut undang-undang dengan cara tidak sah.

 

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, di Nombor 1, Jalan Maharajalela, Dang Wangi di sini, di antara jam 8.55 malam dan 11.15 malam, pada 13 Mei 2013.

 

Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama, yang boleh dihukum penjara maksimum lima tahun atau denda, jika sabit kesalahan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.