Israel Roboh 49 Rumah Penduduk Palestin Setiap Minggu

TEL AVIV – Tindakan perobohan rumah penduduk Palestin di Tebing Barat menyaksikan peningkatan lebih lima kali ganda.

 

Akhbar Haaretz melaporkan Israel kini merobohkan kira-kira 49 kediaman penduduk Palestin di Kawasan C pada setiap minggu berbanding sembilan rumah pada tahun lalu.

 

Tindakan tidak berperikemanusiaan itu telah menyebabkan lebih 480 penduduk termasuk 220 kanak-kanak Palestin kehilangan tempat tinggal.

 

Sementara itu, Pejabat Penyelaras Hal Ehwal Kemanusiaan PBB (OCHA) mendedahkan sebanyak 104 yang dibangunkan menggunakan dana Eropah telah dimusnahkan sejak awal tahun lalu.

 

Dianggarkan, seramai 298,000 penduduk Palestin tinggal di Kawasan C yang meliputi 360,000 hektar tanah bersamaan 60 peratus kawasan di Tebing Barat. – Press TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.