Hina Guru, Adik Neelofa Tampil Mohon Maaf

Kuala Lumpur – Adik kepada pelakon jelita Noor Neelofa Mohd. Noor yang sebelum ini dikecam hebat pengguna media sosial ekoran kenyatan yang disifatkan sebagai menghina profesion perguruan di negara ini tampil membuat permohonan maaf secara terbuka.

 

Ameera berkata kenyataan yang disuarakan melalui klip video tersebut adalah merupakan pandangan peribadinya tanpa mempunyai sebarang niat untuk menguris hati mana-mana pihak.

 

“Saya ingin memohon maaf kepada semua yang tersinggung dengan klip video terbaru mengenai sistem pendidikan yang dimuatnaik di laman Youtube, saya tidak mempunyai sebarang niat untuk melukakan hati anda semua kerana semua yang saya katakan berdasarkan pengalaman dan pemerhatian yang saya lakukan seperti yang saya nyatakan di dalam klip video tersebut”

 

“Saya hanya membandingkan (sistem pendidikan antara sekolah kerajaan dan antarabangsa) tanpa mempunyai niat untuk menkritik sesiapa kerana saya percaya saya mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat terhadap semua soalan yang diajukan sama seperti anda yang mempunyai hak untuk memberikan pandangan sama ada untuk bersetuju atau sebaliknya terhadap pandangan saya itu” tulisnya memetik kenyataan yang dimuatnaik melaui akaun Instagram.

 

 

Menurut Ameera lagi, beliau akan lebih berhati-hati bagi mengelakkan perkara sama berulang kembali.

 

“Tindakan anda memaklumkan kepada saya terhadap semua komen, tweet dan sebagainya membuatkan saya sedar betapa anda semua sebenarnya mahu saya lebih berhati-hati untuk menjadi insan yang lebih baik dan saya amat berterima kasih atas tindakan tersebut.

 

“Saya juga telah memaafkan mereka yang telah mengucapkan banyak benda kepada saya dan saya dengan rasa rendah diri meminta maaf kepada semua yang telah tersinggung. Saya juga akan lebih berhati-hati di dalam klip video selepas in. Sekali lagi, maafkan saya” ujarnya lagi.

 

Terdahulu Ameera mendakwa guru di sekolah kerajaan tidak berfikir secara luar kotak dan sering melakukan kerja secara cincai (sambil lewa) sambil menyifatkan sistem pendidikan di negara ini sebagai gagal kerana tidak menepati kriteria yang diharapkan dalam pembangunan minda kanak-kanak.

 

Beliau turut mencadangkan agar ia sukatan pelajaran yang diajar di sekolah digantikan dengan pendekatan baru yang boleh digunakan di dalam kehidupan seharian. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.