Bapa Abai Anak, Guru Hantar Balik Rumah Jam Satu Pagi

Seorang guru menghantar pulang murid berusia lapan tahun, jam satu pagi diiringi pihak polis.

 

Murid yang didakwa diabaikan bapanya itu berulang kali berdepan masalah tersebut.

 

Menerusi status di laman sosial Facebook yang dimuat naik guru bernama Muhammad Zahran itu berkata, dia bukan mahu mengaibkan sesiapa tetapi perkara tersebut perlulah dijadikan iktibar buat semua ibu bapa dan penjaga.

 

“Pertamanya saya mohon maaf. Bukan tujuan untuk mengaibkan mana mana pihak. Namun kisah ini perlu dijadikan iktibar. Kita boleh tutup mata..tetapi hati kita tidak tega untuk melihat sahaja. Ini kisah masyarakat kita. Natijah daripada nilai masyarakat kita juga.

 

“Pernah viral tahun lepas. Terima kasih siakap keli dan beritasemasa. Aku tak popular pun kalau menjaja cerita. Aku lebih suka dikenali jika menempa kejayaan hebat. Bukan dengan cerita picisan. Pihak sekolah telah melakukan segala yang terdaya. Dengan izin guru besar kami terpaksa meminta bantuan pihak berkuasa. Tahun lepas 9 kali..tahun ini shj sudah 3 kali. Semalam kemuncak cerita.

 

“Jam 1 pagi bapa Hajar belum muncul tiba. Bayangkan anak kecil ini.5-6 kali tidur bangun tapi ayah masih tak sampai. Kasihan Hajar. Prestasi di sekolah sangat teruk. Jiwanya keras memberontak. Dia tak hairan pada sesiapa pun. Dia dah biasa. Tapi dia baru 8 tahun. Belum kenal dunia ini. Bayangkan 10 tahun lagi dimana Hajar akan berada.Apa Hajar akan jadi.,”tulisnya.

 

Muhammad Zahran berkata, pihaknya bernasib baik pengawal keselamatan yang berkawal di sekolah sangat prihatin.

 

Katanya, bukan kerja pengawal untuk mengasuh kanak-kanak tersebut. Tetapi pengawal itu melakukan perkara itu sebagai sebahagian daripada tanggungjawabnya.

 

“Tahniah Rani. Hang adalah hero. Aku rasa gaji hang perlu dinaikkan 10 kali ganda. Telefon bapanya berkali kali tak diangkat. Sah…tengah tidur. Aku paling dekat. Common sense. Aku, ustaz Mi..ustaz Faizal dan cikgu Jasni. Kami tunggu. Kesabaran ada had beb. Kami telefon Polis..telefon Talian Nur. Tengah malam.siapa yang nak datang. Dah sampai tengah malam. Takkan nak tunggu sampai pagi..kerja beb. Mujur 3 abang Polis yang kacak datang ronda. Muda lagi. Aku lupa ambil nama. Mereka sudi escort hantar balik,”tulisnya.

 

Menurutnya lagi, dia tidak ada kuasa membawa pelajar pulang sesuka hati kerana ada undang-undang yang mengehadkan guru berbuat demikian.

 

“Bukan boleh suka suka bawa balik rumah. Buat anak angkat. Ini budak..sekali bapa dia lipat cerita…masuk dalam dulu kami.Kalau aku bawa naik kereta..tetiba bapak dia datang anak tak ada..sappp dia tuduh aku bawak lari…mendapat aku. So pukul 1 pagi kami hantar. di escort oleh abang polis yang prihatin. Hantar sampai depan rumah. Cerita di situ aku malas nak story..so Hajar pulang dengan selamat…Sampai bila?entah..sebulan dua mungkin back to normal..,”tulisnya lagi.

 

Sekali lagi, Muhammad Zahran memohon maaf kerana terpaksa menceritakan perkara tersebut.

 

“Maafkan aku sebab terpaksa cerita…aku kena cerita..ini kisah di celah celah kehidupan kota. Jangan kecam Hajar dengan bapak dia. Kita tak tahu apa yang depa alami dan harungi. Aku cuma mampu berdoa moga Hajar jadi anak yang baik,”akhirnya-SuaraTV

One thought on “Bapa Abai Anak, Guru Hantar Balik Rumah Jam Satu Pagi

  • February 25, 2016 at 9:20 pm
    Permalink

    Saya seorang pendidik juga. Saya menitiskan air mata membacanya. Diberitahu bahawa kisah hajar telah diviralkan sebelum ini. Tapi adakah siasatan telah dibuat oleh pihak atau agensi kerajaan yang bertanggungjawab. Saya rasa tidak perlu menunggu sampai terjadi apa-apa kepada hajar baru agensi yang bertanggungajwab nak bertindak. Tolonglah berindak demi keselamtan dan masa depan anak yang tidak berdosa ini. tkasih.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.