Ashraf Bersyukur Isteri-Isterinya Dapat Hidayah Tutup Instagram

Bimbang dan risau dengan bahayanya laman sosial hingga ke tahap boleh menjadi punca utama kepada kemusnahan institusi kekeluargaan dan mengakibatkan perceraian, justeru pelakon Ashraf Muslim meminta kedua-dua isterinya iaitu Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Ahmad Saburi agar menutup akaun tersebut.

 

Memetik laporan mStar online, Ashraf berkata dia berasa lega kerana akhirnya Dayana dan Sakinah mendengar nasihatnya.

 

“Alhamdulillah saya sangat bersyukur apabila isteri-isteri saya dapat hidayah untuk menutup laman Instagram mereka dan tidak lagi berkongsi gambar-gambar keluarga kami.

 

“Saya sudah nasihatkan untuk tutup laman sosial itu sejak setahun lalu, namun tidak memaksa sehingga mereka sendiri dengan rela hati menutupnya,” ujarnya.

 

Selain itu, dia juga tidak membenarkan anak-anak mereka mempunyai laman sosial seperti anak selebriti lain.

 

Katanya lagi, kehidupan mereka keluarga ternyata lebih tenang semenjak kedua-dua isteri tidak berhubungan secara terbuka dengan laman sosial tersebut.

 

Ashraf dan Dayana mendirikan rumah tangga pada 30 Ogos 2011 di Mekah dan dikurnikan seorang cahaya mata iaitu Anas Ashraf yang baharu berusia dua bulan.

 

Bagaimanapun pelakon itu pada 25 Julai 2013 membuat kejutan apabila mengumumkan telah berkahwin buat kali kedua dengan Wan Sakinah Ahmad Saburi pada 7 Julai 2013 di Pattalung, Selatan Thailand.

 

Hasil perkahwinan itu mereka mempunyai dua orang anak iaitu Sarah Ashraf, 2, dan Adam Ashraf kini berusia lima bulan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.