Artis Korea Tertinggal Kapal Terbang Kerana Leka Makan

Baru-baru ini pelakon yang popular menerusi drama Reply 1988, Park Bo Gum, terpaksa bermalam di lapangan terbang seorang diri.

 

Sementara teman selebriti yang lain iaitu Ryu Jun Yeol, Go Kyung Pyo, dan Ahn Jae Hong telah selamat berlepas ke Namibia, Afrika.

 

Nasib malang yang menimpanya itu akibat dia yang terlepas kapal terbang gara-gara asyik menikmati makanannya sehingga tidak sedar pesawat yang dinaikinya bersedia untuk memulakan perjalanan.

 

“Selamat makan semua. Saya tidak lapar. Saya tertinggal kapal terbang tadi ketika sedang makan,” tulisnya di Facebook.

 

Bo Gum dikatakan terlalu yakin pintu mana yang mana perlu ditujunya untuk menaiki pesawat, justeru sementara menanti waktu untuk berangkat dia mengisi masa dengan pergi mengisi perut namun tanpaa disedari dia sebenarnya sudah terlepas kapal terbang. Akibatnya, dia terpaksa menunggu sehingga keesokan pagi untuk penerbangan yang seterusnya.

 

Kunjungan Bo Gum ke Namibia bagi menjalani penggambaran program realiti Youth Over Flower selama 10 hari. Antara tempat menarik yang menjadi lokasi penggambaran tersebut seperti di Air Terjun Victoria dan Dune 45.

 

Baru-baru ini produksi program tersebut baru saja selesai menjalani penggambaran di Thailand.

 

Youth Over Flower mula ditayangkan sejak 19 Februari lalu menerusi saluran tvN network.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.