3 MT Sokong Muhyiddin Letak Jawatan

Kuala Lumpur – Tiga Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO menyokong gesaan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz supaya Tan Sri Muhyiddin berhenti menyerang Presiden parti atau meletak jawatan sebagai Timbalan Presiden.

 

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Karprawi, bekas menteri kabinet, Datuk Seri Hassan Malek dan Menteri kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan mendesak Muhyiddin berhenti menyerang Datuk Seri Najib Tun Razak kerana ia akan melemahkan parti.

 

Hassan mahu tindakan tegas diambil terhadap Muhyiddin segera jika beliau terus menyerang Najib.

 

Bekas menteri kabinet itu berkata, Muhyiddin mempunyai banyak peluang untuk memperbetulkan kesilapan yang dibuat tetapi tindakan beliau sejak akhir-akhir tidak menunjukkannya menjalankan tugas membantu Najib.

 

Rahman pula berkata, tindakan Muhyiddin berbeza dengan akujanji sebelum ini yang mahu memperkukuhkan parti.

 

Bekas Timbalan Perdana Menteri itu perlu berhenti membangkitkan isu yang boleh mencetuskan perpecahan dalam parti, katanya, seperti yang dilaporkan Malay Mail Online.

 

Abdul Aziz pula mendesak Muhyiddin meletak jawatan jika beliau hilang kepercayaan kepada Najib.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.