Tentera Zionis Israel Mengganas

TEBING BARAT – PALESTIN. Tentera Israel menggunakan peluru hidup dalam pertempuran dengan penduduk Palestin di tengah Tebing Barat, semalam.

 

Menurut penduduk di kem pelarian Aida di utara Baitulaham, sekurang-kurangnya tujuh orang cedera terkena peluru yang dilepaskan tentera rejim Zionis.

 

Sumber penduduk yang dipetik agensi berita Ma’an berkata, pertempuran tercetus selepas tentera Israel melakukan serbuan di kem berkenaan dengan anjing polis serta gas pemedih mata. Dalam serbuan itu, berpuluh-puluh pemuda Palestin ditahan.

 

“Tentera Israel juga menyerang ambulans yang cuba sampai ke kawasan ini. Pemandu ambulans itu mengalami sesak nafas selepas diserang menggunakan gas pemedih mata,” kata salah seorang penghuni di kem pelarian tersebut.

 

Pada 6 Februari lalu, tentera Israel menyerang penunjuk perasaan Palestin yang mengadakan demonstrasi membantah peluasan penempatan haram Yahudi di Ramallah. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.