Puteri Balqis Dikecam Kerana Buat Lambang Yahudi

Sudah namanya artis tidak kiralah walau dia masih kanak-kanak sekalipun, gerak-geri dan tingkah laku pelakon cilik Puteri Balqis atau Aqish sentiasa menjadi perhatian ramai.

 

Tidak kurang, setiap kali Pelakon Wanita Terbaik Asia pada Asian Television Awards 2014 ini memuat naik gambar juga berkongsikan perkembangan terbaru menerusi laman Instagram miliknya @rockingbalqis, pasti akan mendapat ribuan ‘like’ daripada peminat.

 

Bagaimanapun baru-baru ini, pelakon berusia tujuh tahun ini dikecam ekoran memuat naik sekeping foto memperlihatkan gaya tangannya yang yang kebiasaannya dikaitkan dengan simbol ‘Rock’ ataupun simbol ‘I Love You’.

 

Namun, ada sesetengah pihak mempertikaikan aksi Aqish apabila mendakwa ia adalah simbol Yahudi.

 

Tidak cukup dengan itu, ada juga pengikut yang menegur supaya Aqish menutup aurat atau lebih tepat memakai pakaian yang sopan dan bertudung yang sudah tentu menampilkan gaya lebih manis.

 

Begitupun ada peminat berpendapat Aqish masih kecil dan selama ini tidak ada salahnya dengan pemakaian aktres cilik berbakat besar ini.

 

Sementara itu, dalam satu lagi ‘entry’ berlainan di Instagram (IG) miliknya, Aqish memberi amaran kepada segelintir peminat dipercayai peminat muzik K-pop yang menjadikan IG pelakon itu sebagai medan mencetuskan pergaduhan sesama sendiri menerusi komen berbaur sindiran dan boleh mendatangakan kemarahan.

 

Berang dengan sikap pengikut berkenaan, Aqish menegaskan yang dia akan menyekat pengikut tersebut untuk mengelakkan IG miliknya terus digunakan sewenangnya sebagai tempat untuk peminat mencari gaduh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.