Nabila Akui Sukar Jiwai Watak Guru Tutur Loghat Kelantan

KUALA LUMPUR : Pelakon Nabila Huda atau lebih mesra dengan panggilan Abil mengakui bukan mudah untuk melakonkan watak seorang guru yang bertutur dalam loghat Kelantan.

 

Namun Abil mencuba sedaya upaya bagi menjayakan wataknya sebagai Fathia dalam telefilem berjudul Tercipta Untukku arahan Jamal Khan yang bakal bersiaran untuk saluran Astro First.

 

“Memang susah untuk saya bercakap dalam Bahasa Kelantan kerana tidak terlalu terdedah dengan loghat orang Pantai Timur itu. Hingga tergeliat lidah hendak menuturkan dialog tu. Namun kerana tuntutan kerja maka saya cuba yang terbaik.

 

“Walau susah macam mana pun tetap kena buat betul-betul. Saya berterima kasih dengan penulis skrip serta penduduk tempatan yang banyak membantu saya sepanjang penggambaran berlangsung,” kata Abil ketika dihubungi BH Online, baru-baru ini.

 

Abil ternyata tertarik dengan jalan cerita telefilem tersebut yang menjalani penggambaran di Kelantan, Kuala Terengganu dan Kuala Lumpur kerana jalan ceritanya yang begitu menyayat hati. Telefilem tersebut menampilkan Abil dan Remy Ishak sebagai teraju utama.

 

“Cerita ini sungguh menyayat hati kerana mengisahkan mengenai Fathia yang disahkan menghidap barah otak dan diberikan jangka masa selama 6 bulan untuk hidup. Dia telah menyenaraikan perkara yang ingin dibuat olehnya dalam tempoh yang diberikan.

 

“Secara tak sengaja dia telah bertemu dengan Remy dan sedikit sebanyak telah memberikan impak pada pelan asal yang dibuat oleh Fathia itu. Namun apa yang boleh saya katakan adalah telefilem ini lain dari kisah cinta yang pernah saya lakonkan,” kata Abil mengakhiri perbualan. – BHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.