Muhyiddin Terima Kunjungan Valerie Amos

Kuala Lumpur – Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menerima kunjungan Setiausaha Rendah Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Valerie Amos di pejabatnya, di Putrajaya.

 

Pertemuan selama hampir setengah jam antara Muhyiddin yang juga pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara dengan Amos, antara lain membincangkan tentang bantuan kemanusian dan tindakan menangani bencana alam serta isu pemerdagangan manusia dan keselamatan.

 

Kunjungan Amos ke Malaysia adalah atas jemputan kerajaan untuk memberi khidmat nasihat dan berkongsi pengalaman mengenai pengurusan bencana.

 

Turut serta dalam pertemuan itu ialah Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Datuk Tajudeen Abd Wahab dan Ketua Sekretariat Sidang Kemuncak Kemanusiaan Dunia Tan Sri Dr Jemilah Mahmood. – Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.