Keputusan STPM Diumum 2 Mac

PETALING JAYA: Keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2014 akan dikeluarkan pada 2 Mac ini.

 

Majlis Peperiksaan Malaysia (MEC) dalam kenyataannya memaklumkan, calon boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing pada hari sama bermula tengah hari, manakala calon swasta akan menerimanya menerusi pos.

 

Calon juga boleh mendapatkan keputusan menerusi SMS dengan menaip STPM RESULT jarak nombor kad pengenalan dan hantar ke 15888 atau menerusi www.mpm.edu.my bermula tengah hari pada hari berkenaan.

 

Seramai 42,854 calon menduduki STPM tahun lalu.

 

Analisa keputusan STPM itu akan diumumkan pada hari sama. – MStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.