Pengguna Media Sosial Bidas Kenyataan KJ, Nama Harimau Malaysia Macam Bangang Bunyinya

Kuala Lumpur – Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaluddin dikritik hebat pengguna laman sosial ekoran kenyataannya untuk menukar nama skuad bola sepak negara ketika merasmikan Pusat Satelit Institut Sukan Negara (ISN) di Tawau semalam.

 

Khairy dalam satu kenyataan berkata tidak timbul isu mengenai nama pasukan bola sepak negara samada dipanggil Harimau Malaya atau Harimau Malaysia sambil menegaskan ia hanyalah nama panggilan sahaja dan bukan nama rasmi.

 

Menurutnya nama Harimau Malaysia lebih sesuai digunakan bagi mengelakkan penyokong bola sepak dari Sabah dan Sarawak merasa diketepikan.

 

Kenyataan Khairy itu kemudiannya dikongsi oleh pengendali laman Facebook Malaysia Football Team yang kemudiannya menimbulkan reaksi kurang senang di kalangan peminat sukan nombor satu negara itu.

 

Melalui ruangan komen Facebook berkenaan, majoriti peminat bola sepak melahirkan rasa kecewa dengan kenyataan Ketua Pemuda UMNO Malaysia itu yang disifatkan sebagai ‘bangang’.

 

Menurut Fadzir Moktar lepas ni nama Anita Sarawak (juga) perlu ditukar ke Anita Malaysia atau Anita 1Malaysia” katanya sinis sebagai reaksi terhadap kenyataan tersebut.

 

Rentetan daripada komen Fadzir itu, Zulkifli Sarjo secara jenaka turut mencadangkan agar ‘Kek lapis Sarawak kena tukar jd kek lapis Malaysia…gambir Sarawak pn kena Jd gambir Malaysia’ .

 

Menurut Qisti Shaaban Ritonga,  ‘harimau malaya tu kan satu species yg byk dkt malaysia. Harimau malaysia??cm bangang bunyinye’.

 

Shamsul Kamal Onan Sko pula berpendapat “(nama) Harimau Malaya sudah sinonim dengan gelaran nama sejak era kegemilangan bola sepak tanah melayu era 50an, 60an, 70an, 80an sehingga kini nama HARIMAU MALAYA digunakan kerana nama ini telah naik dan dikenali diseluruh ASIA apabila Harimau Malaya adalah salah satu pasukan terkuat dirantau ini dan menjadi pesaingan antaranya negara seperti Jepun dan Korea selatan pada satu ketika dulu. Nama merupakan lambang sebuah organisasi atau pesatuan bola sepak tanah air, ia perlu dikekalkan sebagai contoh pergi ke zoo dalam negara kita cuba tengok nama harimau atau spesis harimau pasti saudara akan ketemui nama harimau malaya. Tak ada yg tulis harimau malaysia. Nama sebenarnya tidak akan mengubah apa-apa corak permainan dan taraf pembanggunan bola sepak malaysia. Yg perlu di ubah adalah organisasi atau pesatuan yang mengendalikan pesatuan bola sepak malaysia dan memberi penekanan melahirkan atau mencari bakat2 yang muda yg perlu diketengahkan serta perlu diberi suntikan modal yg besar untuk melahirkan ramai pemain muda bola sepak malaysia dan setaraf dengan pesaing2 negara seperti jepun dan korea. Agar malaysia boleh berada dalam rangki world cup di suatu hari nanti insha allah”

 

Menurut Ian Zuhair, beliau merasakan (panggilan) Malaya itu bukan sebab Malaysia ke Malaya ke, tapi memang nama spesis harimau tu harimau malaya, katanya sambil memberikan pautan Wikipedia yang merujuk kepada nama spesis binatang tersebut.

 

Sementara itu menurut Ab Jalil Backer, kenyataan menteri yang popular dengan jolokan ‘stocking pink‘ itu hampir membuatkannya ingin menangis.

 

“Rasa macam hendak menangis pun ada nak ketawa pun ada. Kalau semua benda nak komen inilah jadinya. ‪#‎stokingpink‬” ujarnya secara sinis.

 

Ridzuan Sahidin pula berpendapat ‘Faham tak maskot?..ausse kngroo n kiwi.. Ivory cosh gajah..indonesia garuda..yg korg merepek smpi petronas KLCC, biawak ni pehal..Kj please la buat yg penting jgn merepek..yg pilih plyer bukn fan..kmi bangga dgn sabah rino n serawak kenyalang..we part of malaysia..harimau malaya cuma identiti kita..’ bidasnya pula.

 

Status tersebut menerima 3,980 like dan 318 komen serta dikongsi sebanyak 43 kali.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.