Harga Minyak Dunia Jatuh Ke Paras AS$58 Setong

London – Kontrak minyak mentah Brent jatuh ke paras AS$58 setong kerana data industri menunjukkan ebihan bekalan terutama di Amerika Syarikat (AS).

 

Beberapa kaji selidik menunjukkan stok minyak mentah di AS meningkat sebanyak empat juta tong lagi minggu lalu, ke paras tertinggi baharu.

 

Pada pembukaan urus niaga di sini, Brent untuk penghantaran April jatuh 50 cents kepada AS$58.40 manakala kontrak AS, WTI jatuh 50 cents kepada AS$48.95 setong.

 

“Keadaan pasaran masih bearis,” kata Carsten Fritsch, penganalisis kanan minyak dan komiditi di Commerzbank Frankfurt, sambil menambah ada lebihan penawaran sangat besar di pasaran.

 

Mogok pekerja pelantar minyak di AS yang kini memasuki minggu keempat, terbesar pernah dicatat dalam tempoh 35 tahun, mengurangkan lagi permintaan terhadap minyak di negara itu.

 

Dalam pada itu, mogok berkenaan juga menyebabkan jurang harga antara kontrak penanda aras minyak mentah Laut Utara, Brent dengan kontrak AS semakin melebar kepada AS$9.45 setong, tertinggi sejak Mac 2014. – Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.