Bangkai Pesawat MH370 Mungkin Ditemui Menjelang Mei?

Pengerusi Biro Keselamatan Pengangkutan Australia, Martin Dolan membayangkan serpihan dan bangkai pesawat MH370 yang hilang secara misteri sejak Mac tahun lalu akan ditemui dalam masa terdekat.

 

Beliau yang juga bertanggungjawab terhadap operasi mencari menjangkakan nasib kapal berkenaan mungkin diketahui menjelang Mei tahun ini.

 

Bercakap kepada news.com (Australia), Dolan memberitahu bahawa misteri ketiadaan langsung sebarang serpihan dari kapal jenis Boeing 777-200 itu kini sedang dikaji semula pakar model hanyutan.

 

“Pesuruhjaya itu mengatakan kita hanya menunggu masa untuk menemui bangkai pesawat dan apa yang masih tinggal melibatkan penumpang dan krew,” memetik portal Air News And Services pula.

 

Tambah portal berkenaan, semua serpihan-serpihan yang didakwa sebahagian daripada kapal terbang dan penemuan kotak kayu dari lautan juga sedang dinilai kembali oleh pakar sehingga lewat malam tadi.

 

MH370 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur menuju Beijing, China pada 8 Mac tahun lalu bersama 239 penumpang dan anak kapal. – MyNewsHub

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.