Warga Asing Kena Bayar Kos Perubatan Sebenar

PUTRAJAYA: Warga asing bakal dikenakan bayaran kos perubatan sebenar di klinik dan hospital kerajaan tidak lama lagi, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam.

Beliau berkata pada masa ini warga asing termasuk pekerja dan pelajar yang mendapatkan rawatan di klinik dan hospital kerajaan menikmati subsidi perubatan antara 30 hingga 40 peratus.

“Dengan pelaksanaan langkah tersebut, kerajaam mampu menjimatkan sehingga RM100 juta setahun yang wang itu boleh digunakan untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kesihatan dan perubatan di negara ini,” katanya pada sidang media selepas menghadiri perhimpuan bulanan kementerian itu di sini Isnin.

Beliau berkata kementerian sedang memuktamadkan kos tersebut sebelum dikuatkuasakan.

Beliau turut melancarkan logo rasmi kementerian dengan moto ‘Kami Sedia Membantu’ yang akan diguna pakai bagi jabatan, institusi, unit dan agensi kesihatan selain urusan surat menyurat dan portal kementerian.

Dr Subramaniam berkata di beberapa negara Eropah seperti United Kingdom, warga asing perlu memiliki polisi perubatan sendiri yang jika tidak mereka terpaksa menanggung segala kos perubatannya.

Beliau berkata oleh itu rakyat perlu menghargai perkhidmatan kesihatan kerajaan yang memberikan subsidi kepada mereka sehingga 98 peratus.

Sementara itu beliau berkata kerajaan memperuntukkan RM1.9 bilion tahun ini bagi pembangunan hospital dan klinik di seluruh negara merangkumi kos pembinaan blok tambahan baharu dan kerja-kerja menaik taraf.

“Kita cuba menyelesaikan seberapa banyak masalah yang dihadapi oleh hospital. Kita menerima hakikat bahawa kebanyakan hospital perlu di naik taraf dan ia tidak boleh dilakukan sekali gus tetapi secara berperingkat,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.