RM4.11 Bilion Laksana 471 Projek Luar Bandar – Mohd Shafie

PUTRAJAYA- Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah tahun ini meluluskan peruntukan berjumlah RM4.11 bilion bagi melaksanakan 471 projek.

Menterinya Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata daripada jumlah itu, 437 adalah projek sambungan dengan nilai RM4.01 bilion manakala bakinya projek baharu.

“Projek infrastruktur menguasai 56.7 peratus daripada jumlah keseluruhan peruntukan dengan jumlah projek 127,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mesyuarat penyelarasan dengan Exco-Exco Luar Bandar di sini Isnin.

— BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.