BR1M Bantu Rakyat Miskin, Bukan Rasuah – Jamil Khir

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) oleh kerajaan untuk meringankan beban golongan berpendapatan rendah dan bukannya satu bentuk rasuah seperti dakwaan segelintir pihak.

Beliau berkata, isu rasuah dan tidak mematuhi syariah Islam tidak sepatutnya timbul kerana hasrat kerajaan memberi bantuan itu terlebih dahulu dibentangkan dan diperbahaskan di Parlimen untuk mendapatkan kelulusan bagi Bajet 2014.

“Sepatutnya orang yang arif dan waras tidak perlu menimbulkan isu ini.

Sebelum BR1M ini dibentangkan dalam belanjawan negara pada Oktober tahun lepas, ia dibincangkan, diperdebatkan, diperbahaskan dan kemudian dimuktamadkan di Parlimen.

“Maknanya semua yang diberi ini bukan tiba-tiba muncul tapi diberikan melalui pendekatan pembentangan bajet. Apabila pembentangan bajet diluluskan di Parlimen maka tidak timbul soal rasuah untuk pancing undi atau tidak ikut syariah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dengan Universiti Sains Malaysia (USM) dan pelancaran Zon Hijau di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.