- Advertisement -
KUALA TERENGGANU – Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, Senator Datuk Husain Awang disahkan positif COVID-19 hari ini.
Perkara tersebut dimaklumkan Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Terengganu Muhyidin Abdul Rashid menerusi satu kenyataan media.
Husain telah ditempatkan di Hospital Setiu untuk rawatan, bagaimanapun beliau dalam keadaan sihat tanpa sebarang gejala.
“Marilah bersama kita berdoa agar beliau dilindungi Allah serta dikurniakan kesejahteraan dan keafiatan,” kata Muhyidin.
— BERNAMA
-- Iklan --
-- Iklan --