Najib gesa PKP paling ketat untuk 2 minggu

- Advertisement -

CYBERJAYA: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak gesa kerajaan memperkenalkan perintah kawalan pergerakan (PKP) paling ketat sekurang-kurangnya dua minggu berikutan lonjakan jumlah kluster Covid-19 yang melibatkan tempat kerja.

Najib berkata, langkah semasa tidak membantu dan mempersoalkan logik kerajaan membenarkan sektor tertentu beroperasi di bawah PKP 2.0.

“Dari awal PKP lagi kita dah kata: Sektor-sektor yang menyumbang bahagian terbesar kes Covid gelombang ke-3 sehingga PKP 2.0 dan darurat terpaksa dilaksanakan ialah sektor pembuatan dan pembinaan.

“Tapi sektor yang dibenarkan terus beroperasi dalam PKP 2.0 juga adalah sektor pembuatan dan pembinaan.”

“Sebab itu, buatlah PKP 2.0 yang paling ketat tanpa kelonggaran untuk 2 minggu.

“Jangan buat PKP setengah masak yang sudah pasti akan dilanjut berkali-kali,” katanya dalam catatan di Facebook.

Semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyatakan kebimbangannya terhadap lonjakan kes di tempat kerja.

Manakala Dewan Perdagangan dan Industri EU-Malaysia (Eurocham Malaysia) dalam satu edaran dikalangan anggotanya memaklumkan kerajaan berhasrat mengumumkan penutupan ekonomi secara menyeluruh selepas 4 Feb, jika bilangan kes Covid-19 di Malaysia terus meningkat.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat