Video: Gila! Apartmen 24 Tingkat Di China Ini Viral Gara-Gara Tidak Ada Lift.

Tinggal di tingkat 24 sebuah pangsapuri adalah perkara biasa bagi sebahagian orang.

Tetapi, bayangkan bagaimana jika anda tidak menggunakan lif?

Ya, sebuah bangunan di China ini menjadi viral dan mendapat perhatian netizen di media sosial.

Seperti yang terlihat pada gambar, bangunan 24 tingkat yang terletak di bandar Chongqing, sebelah barat daya China ini tidak mempunyai lif sama sekali.

Kemudian, bagaimana orang naik dan turun di bangunan ini?

cgtn.com

Boleh bayangkan, bagimana rasanya jika jadi penghuni yang tinggal di tingkat 24 bangunan ini?

Dalam posting China Global TV Network (CGTN), bangunan tinggi tanpa lif ini telah menjadi perbincangan di pelbagai media.

Hal ini kerana, ramai pengguna internet dari pelbagai negara tertanya-tanya, bagaimana orang boleh naik dan turun hanya dengan menggunakan tangga?

Seperti komen di akaun Sheshousuo, pengguna Weibo yang berkata, “Saya pasti mati semput.”

cgtn.com

CGTN menambah dalam laporannya, bangunan ini juga dihubungkan dengan laluan skywalks dan lorong, seperti yang dipetik dari halaman Elitereaders.com.

Tingkat 10 dari bangunan ini misalnya, mempunyai jalan keluar yang boleh diakses secara langsung ke jalan.

Dalam temu bual dengan seorang penduduk Chongqing, bernama Hu Xiangui berkata, “Bangunan ini dibina sejak tahun 1990-an dan hanya sekitar tahun 1997 teknologi lif telah diperkenalkan di negara ini.”

Sementara itu, terdapat sebuah keretapi melalui bangunan apartmen tanpa lif ini.

cgtn.com
cgtn.com

Bukan itu sahaja, bumbung menjadi jalan awam.

Puan Cai, seorang wanita yang telah tinggal selama lapan tahun di dalam apartmen berkata, “Saya letih pada mulanya sehingga kaki menggigil kerana saya terpaksa naik dan turun tangga.”

“Tetapi di sebalik semua itu, saya mendapat faedah penting iaitu berjalan dan membiasakan diri,” katanya.

Kawasan apartmen ini juga sangat popular digunakan untuk penggambaran pelbagai filem.

Salah satunya adalah filem “Chongqing Hot Pot” yang dikeluarkan pada 2016 dan memperoleh keuntungan sebanyak US $ 58.4 juta dari seluruh dunia.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.