Video: Cek Asli Atau Palsu, Bateri iPhone Meletup Di Mulut Pembeli Ketika Menggigitnya

Jika kita hendak membeli barang,  pasti  kita akan memeriksa sama ada ianya adalah tulen atau palsu. Terutama jika harganya mahal.

Kita pasti tidak mahu ditipu oleh penjual dengan mendapatkan kualiti barangan tiruan.

Hal ini juga dialami oleh salah seorang pembeli di China. Pembeli ini mencari iPhone di pasaran terpakai.

Ketika  membeli telefon tersebut si pembeli telah memeriksa ketulenan bateri iPhone tersebut kerana ramai penjual yang dikatakan menukar bateri asal iPhone dengan produk palsu. Sehingga harganya jauh lebih murah.

Pembeli lelaki itu kemudian menggigit bateri tersebut. Kemudian apa yang terjadi sungguh tak disangka.

Dipetik dari akaun Youtube Kuwait Page yang dimuat naik, bateri itu kemudian meletup.

Pembeli itu terkejut lalu melemparkan bateri yang meletup tersebut.

Dalam video itu, kelihatan jelas percikan api yang dihasilkan daripada bateri itu.

Bernasib baik, lelaki ini tidak  cedera.

Belum diketahui mengapa bateri iPhone tersebut boleh meletup.

Lihat videonya di bawah ini.

(*

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.