Sebak! Sudah 22 Tahun Wanita Ini Setiap Hari Di Tepian Jalan Tunggu Kedua Anaknya Yang Hilang

BEIJING – Sebak! Selama lebih dua dekad, wanita ini, Luo Xingzhen yang juga seorang tukang kasut tidak pernah sehari pun tidak datang ke kiosnya di salah satu sudut kota Duyun, wilayah Guizhou, China.

Luo bukan hanya bekerja mencari nafkah di kedai kecilnya itu, tetapi ada perkara yang amat penting yang membuatnya sentiasa datang kerja.

Ternyata, Luo menanti khabar dua buah hatinya yang hilang di sebuah persimpangan sibuk di bandar itu pada 1996 lalu.

Kedua-dua anak Luo, seorang perempuan dan lelaki itu, hilang dan sehingga kini tiada khabar berita.

Luo percaya dua anaknya, Hu Hualan, yang berusia tujuh tahun dan adiknya Hu Huabai , 5, diculik.

Segala upaya sudah dilakukan Luo untuk mencari kedua buah hatinya itu namun tidak membuahkan hasil.

Kini dia hanya mampu bekerja di kios kasutnya sambil berharap kedua anaknya itu akan muncul suatu hari nanti.

“Saya ingin berada di sini jika mereka kembali. Jika saya pergi ke tempat lain dan mereka pulang, kami pasti tak akan bertemu,” kata Luo.

Menurut Luo. suaminya sehingga kini masih berupaya mencari kedua anak itu manakala tugasnya adalah menunggu kedua-duanya di tepi jalan.

Kes kanak-kanak hilang di China bukan perkara yang baru.  Setiap tahun tidak kurang dari 300,000 orang kanak-kanak dilaporkan dan hanya sebahagian kecil dari mereka ditemui semula.

 

Pada 2014, polis telah menyelamatkan 4,000 kanak-kanak yang diculik. Dalam tempoh  2009-2012 pula, polis menemui 35,000 kanak-kanak dan menangkap 9,000 orang yang terlibat dalam kes pemerdagangan manusia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.