Netflix Rugi $AS39 Juta Kerana Skandal Seks Spacey

Skandal gangguan seksual yang melibatkan Kevin Spacey telah menjadikan perkhidmatan video streaming Netflix Inc kerugian bernilai 39 juta dolar pada tahun lalu.

Ini kerana perkhidmatan itu harus menghentikan projek yang berkaitan dengan pelakon itu, kata sumber memberitahu Reuters pada hari Selasa.

Netflix berkata kerugian yang tercatat dalam laporan kewangan suku keempat adalah berkaitan dengan “kandungan yang tidak digalakkan.

“Spacey, berjaya dalam kedua-dua filem, televisyen dan teater, malah merupakan salah satu daripada nama besar di dunia hiburan yang dituduh terlibat dalam skandal gangguan seksual oleh penerbit filem Harvey Weinstein.

Kerugian yang dialami oleh Netflix adalah satu bukti kerugian kewangan yang dialami oleh studio atau rumah produksi akibat dakwaan gangguan seksual terhadap individu.

Netflix menghentikan penghasilan siri November lalu, tepat pada siri keenam dan episod akhir drama yang dibintangi Spacey.

Netflix juga telah memutuskan hubungan dengan projek Spacey
lain, termasuk filem Gore Vidal.

“Netflix tidak akan terlibat dalam pengeluaran siri yang melibatkan Kevin Spacey,” kata syarikat itu seperti memetik Reuters.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.