Gadis Jadi Hamba Seks Kekasih

SIBU – Seorang remaja perempuan terpaksa me­lalui detik hitam dalam hidupnya apabila dikurung selama lapan hari selain dipukul sehingga lebam oleh teman lelakinya di dalam sebuah bilik sewa di Jalan Empelam di sini baru-baru ini.

Mangsa berusia 23 tahun itu turut menjadi hamba seks kepada suspek berusia 29 tahun itu apabila dipaksa melakukan hubungan seks sebanyak dua hingga tiga kali dalam sehari.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, gadis itu mula dikurung di dalam bilik sewa berkenaan sejak 15 Januari lalu sebelum berjaya melarikan diri kira-kira pukul 2 petang kelmarin, petik Kosmo

Katanya, mangsa melarikan diri selepas suspek memaksanya untuk me­minta duit daripada ibu saudaranya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.