Fathia Latiff, Semua Isu Dia Nak Komen

Tahun lepas nama pelakon Fathia Latiff menjadi terkenal gara-gara aksi yang mengaibkan dalam aplikasi Bigo Live. Namun selain aksi memalukan itu, nama Fathia terus menjadi sebutan disebabkan hampir semua isu mahu dikomennya.

Memang semua orang tahu Fathia mengagumi pengerusi Pakatan Harapan, Dr. Mahathir Mohamad dan pernah diberikan peluang untuk menemubual bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu secara live dalam Facebook Mahathir.

Namun malangnya Fathia dikecam kerana bertanyakan soalan tidak lancar dan berbelit-belit. Selepas itu nama Fathia menjadi terkenal disebabkan kontroversi yang diciptanya sendiri.

Dia dikecam ramai selepas tidak memahami maksud `cashless’ yang diperkatakan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin bahawa Malaysia akan menjadi sebuah masyarakat yang tidak menggunakan wang tunai pada tahun 2050.

Disebabkan tidak faham maksud cashless itu dia menjadi `bahan’ dalam netizen. Terbaru, Fathia bergaduh pula dengan penyanyi rap, Caprice.

Semuanya bermula selepas Fathia didakwa melakukan provokasi ke atas Iqram, dengan meletakkan komen agar Iqram ‘bunuh diri’, dalam satu sesi Instagram live yang dibuat Iqram.

Fathia yang dikecam khalayak kerana komen itu, kemudiannya mengakui apa yang dilakukannya adalah satu bentuk reverse psychology dan dia tidak mempunyai niat jahat.

Belum lagi kisah Farid Kamel di mana Fathia menerusi tweetnya mengatakan tindakan Farid itu berpunca dari kemarahan dan ganja tidak wajar dipersalahkan.

Tambah panas, Fathia turut meminta anggota polis yang didakwa diserang itu menjalani ujian air kencing.

Macam-macam Fathia ni. Sepatutnya dia bersikap matang. Jangan ambil mudah pada setiap perbuatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.